Saturday 18 October 2014

Uploadlah.

Assalamualaikum ukhtisss~!



Okehh. Tajuk pertama yang akak nak kongsi. Yang akak nakkk sangat tegur kat adik-adik semua. Tajuk: Upload Gambar di Alam Maya.


Sabar, sabar. Sebelum adik-adik roll your eyes, sebelum adik-adik memberontak, meh akak cakap.

Adik-adik, akak nak tanya, adik-adik selesa ke kalau ada orang lelaki, datang kat depan adik, selangkah je jarak die, pastu die pandang muka adik. Die tenung adik lama-lama. Die telitinya mata adik, hidung adik, bibir adik. Adik-adik suka ke?

Hmmmm, cuba bayangkan situasi tu. (Tapi jangan bayangkan orang yang kamu suka pulak, kelain pulak jadinya kang).

Jadi, sama jelah sebenarnye, kalau adik-adik upload gambar adik-adik kat tempat yang sah-sah ada lelaki ajnabi boleh tengok.

Adik-adik nak tau, lelaki ni, hebat tau! Jangan main-main. Benda yang tak ade, dia boleh adakan. Benda yang tak berlaku, dia boleh buat berlaku! Macam mane?

. . . .



Yup. Imagination.

Lelaki ni, imaginasi diorang sangat la sangat kuatnye. Dengan gerak tanganmu yang lembut, dengan bunyi ketawamu yang mengasyikkan, dengan lirikan matamu yang menggoda, macam-macam situasi dia boleh bayangkan. Perempuan pon kuat berangan jugak, tapi yang macam kita dah sedia tahu, nafsu lelaki dengan nafsu perempuan tak sama (generally speaking).

Haaa, sebab tu ramai yang jadi arkitek, engineer, orang lelaki.

Kamu semua faham tak maksud akak niii?

Akak nak cakap straight terus pon malu.

Kalau tak faham, tanya akak. Anon je. Akak jelaskan.


Tapi setakat ni, apa yang akak nak cakap, adik-adik kena jaga diri adik-adik. Kalau adik-adik bukan jenis orang yang suka tunjuk muka kat orang lain in real life, kenapa adik post muka adik-adik kat tempat yang ramai orang boleh tengok? T_T

Akak tahu, akak faham perasaan adik-adik tu. Bila ramai orang like, bila ramai orang puji. "Uuuu cantiknya awak! Jeles aiii." "Untunglah cantik." Haa, bila dapat comment-comment macam ni, apa perasaan adik-adik? Suke la tu. Sekali gus, timbullah dalam hati, "cantik ke aku?" "iyeke aku cantik?" "aku cantiklah!" .

Salahke rasa diri cantik? T_T

Tak, tak salah. Tapi jangan sesekali kita lupa dari mana kecantikan kita tu datang. Allah yang bagi. Kecantikan tu bagi some people, is a test. Iye betul, ujian. Kamu cantik, kamu sedang diuji. Allah nak tengok sebanyak mana kamu masih ingat Allah waktu kamu hidup dengan kecantikan kamu tu. Adakah sebab kamu cantik tu, makin banyak dosa kamu buat, kamu makin sibuk dengan dunia, ataupun kamu makin taqwa?

Ingat, semua benda datang dari Allah. Kalau Allah nak tarik, Allah tarik macam tu je. Allahu bikulli shay.in qadir. Allah berkuasa atas setiap perkara. Jangan lupa tau~!


Tapi, tak ambik gambar dekat-dekat pon. Gambar jauh, tutup aurat pulak tu. Tudung labuh lagi.


Nah.. Ini pandangan akak. Dan akak faham mungkin tak ramai orang boleh terima, tapi percayalah, tak rugi kalau ikut pandangan akak ni.


Adik-adik upload gambar adik-adik tu, sebab apa sebenarnya? Hmmmmm tanya diri adik-adik 17 kali sebelum tekan butang post tu. Lagipun, macam akak cakap tadi, para ajnabi, kalau diorang ada access untuk tengok gambar adik-adik tu, bila-bila masa je diorang boleh tatap wajah adik-adik.

Meh akak bagi contoh lagi.

"Fulan follow Zara dekat instagram. Zara banyak post gambar Zara. Yang sorang-sorang pon ade, yang dengan kawan-kawan pon ade. Gambar Zara dari depan ade, dari tepi ade, dari pelbagai sudut ada. Ada yang tutup muka, ade yang tak. Zara ni pakai tudung labuh. Satu malam, Fulan tak boleh tidur. Fulan pon bukaklah instagram. Fulan tibe-tibe teringat kat Zara. Fulan pon bukaklah page Zara. Fulan follow Zara pon, sebab Zara tak privatekan account Zara. Haa, Fulan dah bukak page Zara.

Waaaaahhhh banyaknya gambar Zara! Tup, tekan yang ni.

'Manisnya, bertudung labuh.' Detik hati Fulan yang kecil.

*ni dah malam ni, Fulan tengah baring atas katil, tengah tak boleh tidur*

Tup, tekan yang ni pulak. 'Cantiknya mata dia.'

Tup, tekan yang ni pulak. Gambar Zara tengah mencium tangan ibu Zara. 'Alah baiknya. Anak solehah.'

Lepas tu terbayang dalam kepala Fulan..... Situasi Zara mencium tangan Fulan pada pagi raya. Si Fulan melayan perasaan. Fulan cari gambar lain.

Tup, bukak yang ni pulak. Gambar Zara pose macam ni pulak, caption die manja pulak.

Tup, bukak yang ni pulak.

Yang ni pulak.

Yang ni pulak.

Last-last, Fulan tidur pukul 2 pagi. Sebab dok melayan Zara. Sepanjang malam tu, macam-macam yang terdetik dalam hati kecil Fulan, macam-macam yang Fulan terbayang.

Adik-adik. Bayangkan kalau adik-adik lah Zara tu. Apa perasaan adik-adik kalau ada seorang lelaki, (mungkin adik-adik tak kenal pon lelaki ni) yang tengah-tengah malam, dia dok menatap wajah adik, badan adik. Sampai pagi ni, macam-macam dia dok bayang. Apa perasaan adik?

Macam akak cakap tadi, lelaki ni, imaginasi dia kuat. Kuat+kotor. Lelaki yang fikiran tak kotor pon, boleh terbayang benda-benda yang kotor. Apatah lagi lelaki yang memang bergelumang dalam perkara kemaksiatan.

Kalau adik-adik betul-betul naaaaaak sangat post gambar, adik pastikan yang muka adik-adik jadi kecil (jangan sampai nampak detail segala bagai kat muka tu), pastikan adik-adik bukan berseorangan dalam gambar tu, pastikan pose adik rendah kebarangkaliannya bagi seorang lelaki untuk membayangkan benda-benda tak elok (dlm B.I nya, has a low possibility for a guy to have dirty/inappropriate thoughts about you). Nah, kalau rasa dah okay, uploadlah. Tapi BEWARE, lelaki itu tetap boleh menatap gambar tu. Kalau dekat instagram memang tak boleh download, tapi macam yang akak selalu buat, screenshot, buat jadi wallpaper. Lagi lah! (akak bukan screenshot gambar manusia ~.~)

"Alah! Akak ni, kata lelaki memang kotor. Fikiran diorang memang kotor. Habis tu, kalau upload gambar berdiri tegak macam tiang pon diorang tetap akan bayangkan macam-macam, habis tu, sampai bila kami boleh upload gambar? Bukan salah kami diorang kotor. Mana penghujungnya?"


Haaaa tu lah pasal. Kamu usahala sebanyak mana yang mungkin.

Adik-adik, akak nak cakap ni. Adik-adik nampak tak keadaan umat kita macam mana sekarang? Kita tengah tenat sangat sekarang ni. Tak payah tengok kat tempat lain. Tengok kat Malaysia je. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok kat sebelah rumah je. Tengok dalam rumah pon boleh. Selalu ke keluarga kita solat berjemaah? Selalu ke ayah kita, abang kita, adik lelaki kita solat berjemaah di surau atau masjid time solat fardhu? Jap, ni dah masuk tajuk lain dah. Tapi iyelah, maksiat berleluasa. Ahli maksiat lagi ramai daripada ahli soleh. Akak pon sama jugak, bukan akak maksum. Kita sama-sama muhasabah diri.

Jadi bantulah kaum lelaki ni. Jangan tambah dosa mereka. Jangan biarkan hati mereka makin jauh dengan Allah. Jangan jangan jangan. Lelaki sepatutnya jadi pemimpin negara, keluarga. Kalau lelaki dah jauh menyimpang dari agama, macam mana nak pimpin negara dan keluarga ke arah yang betul?

Itulah masalah dia.

Puncanya hati.

Jadi adik-adik, akak harap adik-adik digest penulisan akak yang mengambil masa sebulan untuk disiapkan ni. Akak harap adik-adik dapat fikirkan sebagaimana akak telah fikirkan pasal benda ni sejak akak terbaca penulisan seseorang lain ni. Dan percayalah adik-adik. Betul, ummah kita sedang tenat, adik-adik boleh bantu sekelumit kecil je, dengan membantu para muslimin untuk menjaga pandangan mereka. Kalau adik-adik tak tunjuk, depa tak pandang.

Sekian.

Assalamualaikum warahmatullah. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment