Sunday 9 November 2014

Ujian?

Assalamualaikum warahmatullah! Tengah hari al khoir!


Untuk post yang kali ni, akak nak kongsi pengalaman akak sikit. Sikit je. Sebab pengalaman ni buat akak terfikir-fikir.

Nak tahu apa dia?

Henset akak masuk virus. Nak tahu apa jadi? Barang-barang akak semua hilang. Gambar-gambar, lagu-lagu, surah-surah, selawat-selawat, voice notes dari whatsapp, gambar-gambar dari whatsapp, semuanya lah kalau nak pendekkan cerita. Gambar-gambar yang akak simpan sejak akak mula-mula dapat henset akak tu bulan lima haritu, gambar-gambar kucing-kucing akak, yang kebanyakannya dah takde dah harini. Semuanya hilang. Ibarat phone akak kena format.

Kalau nak tahu, hobi akak ambil gambar, sebab tu henset yg akak beli pon, akak tak kisah sangat pasal benda lain tapi kamera kena cantik. Lepas tu sekali akak ambik gambar, akak susah nak delete, sebab every picture holds a memory. Dan sebab ingatan akak tak berapa kuat, akak simpan gambar sebagai peringatan. And everytime I look at a certain picture, I get to connect the things that happened when that picture was taken, and everything else that happened on the day that picture was taken. (Maaf, terkeluar BI. Jadi adik-adik cuba bayangkan, bila semua kenangan yang akak simpan, terpadam,terhilang, vanished into thin air. Apps yang akak save dalam SD Card akak pon hilang, termasuklah al-Quran, al-Mathurat, Instagram, Telegram, Clean Master, PhotoGrid, My Calendar, Cymera. Semua apps ni yang akak selalu guna.

"Mesti akak sedih kan?"


Ye, akak sedih.

Tapi ni akak nak kongsi lagi satu cerita sebelum akak sambung cerita yang ini. Dua bulan yang lepas, just two months ago. The same thing happened to me, tapi pendrive. Pendrive akak masuk virus, and for a minute, everything disappeared. Including pictures of my cats ever since the day they were until their kitten days. Lepas tu ada lah hamba Allah ni tolong akak, dia kata kena format, sebab nak buang virus tu. Waktu tu, akak lemah lagi. Akak menangis. Akak termenangis depan hamba Allah ni. Sebenarnya akak menangis sebab banyak sebab, tapi pokoknya, akak lemah lagilah masa tu. Lepas tu, hamba Allah ni, die cakap dekat akak. "Allah takkan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.", pastu dia cakap, "Anak-anak dan hartamu hanyalah ujian di bumi ini", lepas tu dia cakap, "benda dah jadi, nak buat macam mane, adalah hikmahnye tu.". Yang dua ayat pertama tu, hmmm, korang mesti macam pernah dengar je kan ayat-ayat tu. Haah, dua ayat pertama tu quotes dari....jeng jeng jenggg Surat Cinta daripada Ilahi!

Surah Al-Baqarah Ayat 286:

"لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا"
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya.

Surah Al-Mu'minun Ayat 62:

".وَلا نُكَلِّفُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَها وَ لَدَيْنا كِتابٌ يَنْطِقُ بِالْحَقِّ وَ هُمْ لا يُظْلَمُون"
Dan Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya dan pada Kami ada suatu catatatn yang menuturkan dengan sebenarnya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan).

Haa.. Dua kali keluar dalam al-Quran! Itu baru yang akak jumpa, yang akak tak jumpa lagi? 

Bab ujian tu pulak, 

Surah At-Taubah Ayat 24:

قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُم مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُواْ حَتَّى يَأْتِيَ اللّهُ بِأَمْرِهِ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ 

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 


Surah Ibrahim Ayat 2&3:

 اللَّهِ الَّذى لَهُ ما فِى السَّمٰوٰتِ وَما فِى الأَرضِ ۗ وَوَيلٌ لِلكٰفِرينَ مِن عَذابٍ شَديدٍ. الَّذينَ يَستَحِبّونَ الحَيوٰةَ الدُّنيا عَلَى الءاخِرَةِ وَيَصُدّونَ عَن سَبيلِ اللَّهِ وَيَبغونَها عِوَجًا ۚ أُولٰئِكَ فى ضَلٰلٍ بَعيدٍ 

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi; dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).Orang-orang yang mengutamakan dunia lebih daripada akhirat, dan menghalangi manusia dari jalan ugama Allah, serta menghendaki jalan itu menjadi bengkok terpesong, mereka itulah orang-orang yang terjerumus ke dalam kesesatan yang jauh terpesongnya.


Surah Al-Ankabut Ayat 2:

أَحَسِبَ النّاسُ أَن يُترَكوا أَن يَقولوا ءامَنّا وَهُم لا يُفتَنونَ

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?


Dan macam-macam lagi ayat yang menyentuh pasal ujian di dunia. Harta. Anak-anak. segala yang kita sayang, itu semua ujian di dunia sahaja. Semua tu bersifat sementara. Adakah dengan kehadiran harta, anak-anak, bahkan pasangan halal sekalipun(!) kamu menjauhi Allah? Akak mungkin akan tambah lagi ayat-ayat yang berkaitan dengan elemen ni in sha Allah, kalau akak jumpa lagi.

Dan akak percaya, yang setiap ujian yang datang kepada umat manusia, bertujuan untuk memberi peringatan. Mungkin selama ni, sebab akak terlalu khusyuk dengan phone akak, sampai akak ignore roommate akak. Mungkin selama ni, sebab akak asyik dok main phone je, ada orang yang terasa dengan akak. Mungkin selama ni, akak terpandang atau terbaca benda-benda yang mungkar kat dalam phone akak,. Macam-macam kemungkinan. Tapi akak percaya, yang apa yang Allah tarik daripada akak, cuma untuk menghindarkan akak daripada melakukan dosa yang lebih besar.Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Kita cuma percaya kat Allah je la. Percaya dan doa.

Jadi adik-adik, adik-adik rasa akak patut ke menangis sebab kehilangan benda-benda dalam phone akak? Sedangkan kita semua tahu, itu semua sementara.





Intaha. Wallahua'lam. Assalamualaikum.

Saturday 18 October 2014

Uploadlah.

Assalamualaikum ukhtisss~!



Okehh. Tajuk pertama yang akak nak kongsi. Yang akak nakkk sangat tegur kat adik-adik semua. Tajuk: Upload Gambar di Alam Maya.


Sabar, sabar. Sebelum adik-adik roll your eyes, sebelum adik-adik memberontak, meh akak cakap.

Adik-adik, akak nak tanya, adik-adik selesa ke kalau ada orang lelaki, datang kat depan adik, selangkah je jarak die, pastu die pandang muka adik. Die tenung adik lama-lama. Die telitinya mata adik, hidung adik, bibir adik. Adik-adik suka ke?

Hmmmm, cuba bayangkan situasi tu. (Tapi jangan bayangkan orang yang kamu suka pulak, kelain pulak jadinya kang).

Jadi, sama jelah sebenarnye, kalau adik-adik upload gambar adik-adik kat tempat yang sah-sah ada lelaki ajnabi boleh tengok.

Adik-adik nak tau, lelaki ni, hebat tau! Jangan main-main. Benda yang tak ade, dia boleh adakan. Benda yang tak berlaku, dia boleh buat berlaku! Macam mane?

. . . .



Yup. Imagination.

Lelaki ni, imaginasi diorang sangat la sangat kuatnye. Dengan gerak tanganmu yang lembut, dengan bunyi ketawamu yang mengasyikkan, dengan lirikan matamu yang menggoda, macam-macam situasi dia boleh bayangkan. Perempuan pon kuat berangan jugak, tapi yang macam kita dah sedia tahu, nafsu lelaki dengan nafsu perempuan tak sama (generally speaking).

Haaa, sebab tu ramai yang jadi arkitek, engineer, orang lelaki.

Kamu semua faham tak maksud akak niii?

Akak nak cakap straight terus pon malu.

Kalau tak faham, tanya akak. Anon je. Akak jelaskan.


Tapi setakat ni, apa yang akak nak cakap, adik-adik kena jaga diri adik-adik. Kalau adik-adik bukan jenis orang yang suka tunjuk muka kat orang lain in real life, kenapa adik post muka adik-adik kat tempat yang ramai orang boleh tengok? T_T

Akak tahu, akak faham perasaan adik-adik tu. Bila ramai orang like, bila ramai orang puji. "Uuuu cantiknya awak! Jeles aiii." "Untunglah cantik." Haa, bila dapat comment-comment macam ni, apa perasaan adik-adik? Suke la tu. Sekali gus, timbullah dalam hati, "cantik ke aku?" "iyeke aku cantik?" "aku cantiklah!" .

Salahke rasa diri cantik? T_T

Tak, tak salah. Tapi jangan sesekali kita lupa dari mana kecantikan kita tu datang. Allah yang bagi. Kecantikan tu bagi some people, is a test. Iye betul, ujian. Kamu cantik, kamu sedang diuji. Allah nak tengok sebanyak mana kamu masih ingat Allah waktu kamu hidup dengan kecantikan kamu tu. Adakah sebab kamu cantik tu, makin banyak dosa kamu buat, kamu makin sibuk dengan dunia, ataupun kamu makin taqwa?

Ingat, semua benda datang dari Allah. Kalau Allah nak tarik, Allah tarik macam tu je. Allahu bikulli shay.in qadir. Allah berkuasa atas setiap perkara. Jangan lupa tau~!


Tapi, tak ambik gambar dekat-dekat pon. Gambar jauh, tutup aurat pulak tu. Tudung labuh lagi.


Nah.. Ini pandangan akak. Dan akak faham mungkin tak ramai orang boleh terima, tapi percayalah, tak rugi kalau ikut pandangan akak ni.


Adik-adik upload gambar adik-adik tu, sebab apa sebenarnya? Hmmmmm tanya diri adik-adik 17 kali sebelum tekan butang post tu. Lagipun, macam akak cakap tadi, para ajnabi, kalau diorang ada access untuk tengok gambar adik-adik tu, bila-bila masa je diorang boleh tatap wajah adik-adik.

Meh akak bagi contoh lagi.

"Fulan follow Zara dekat instagram. Zara banyak post gambar Zara. Yang sorang-sorang pon ade, yang dengan kawan-kawan pon ade. Gambar Zara dari depan ade, dari tepi ade, dari pelbagai sudut ada. Ada yang tutup muka, ade yang tak. Zara ni pakai tudung labuh. Satu malam, Fulan tak boleh tidur. Fulan pon bukaklah instagram. Fulan tibe-tibe teringat kat Zara. Fulan pon bukaklah page Zara. Fulan follow Zara pon, sebab Zara tak privatekan account Zara. Haa, Fulan dah bukak page Zara.

Waaaaahhhh banyaknya gambar Zara! Tup, tekan yang ni.

'Manisnya, bertudung labuh.' Detik hati Fulan yang kecil.

*ni dah malam ni, Fulan tengah baring atas katil, tengah tak boleh tidur*

Tup, tekan yang ni pulak. 'Cantiknya mata dia.'

Tup, tekan yang ni pulak. Gambar Zara tengah mencium tangan ibu Zara. 'Alah baiknya. Anak solehah.'

Lepas tu terbayang dalam kepala Fulan..... Situasi Zara mencium tangan Fulan pada pagi raya. Si Fulan melayan perasaan. Fulan cari gambar lain.

Tup, bukak yang ni pulak. Gambar Zara pose macam ni pulak, caption die manja pulak.

Tup, bukak yang ni pulak.

Yang ni pulak.

Yang ni pulak.

Last-last, Fulan tidur pukul 2 pagi. Sebab dok melayan Zara. Sepanjang malam tu, macam-macam yang terdetik dalam hati kecil Fulan, macam-macam yang Fulan terbayang.

Adik-adik. Bayangkan kalau adik-adik lah Zara tu. Apa perasaan adik-adik kalau ada seorang lelaki, (mungkin adik-adik tak kenal pon lelaki ni) yang tengah-tengah malam, dia dok menatap wajah adik, badan adik. Sampai pagi ni, macam-macam dia dok bayang. Apa perasaan adik?

Macam akak cakap tadi, lelaki ni, imaginasi dia kuat. Kuat+kotor. Lelaki yang fikiran tak kotor pon, boleh terbayang benda-benda yang kotor. Apatah lagi lelaki yang memang bergelumang dalam perkara kemaksiatan.

Kalau adik-adik betul-betul naaaaaak sangat post gambar, adik pastikan yang muka adik-adik jadi kecil (jangan sampai nampak detail segala bagai kat muka tu), pastikan adik-adik bukan berseorangan dalam gambar tu, pastikan pose adik rendah kebarangkaliannya bagi seorang lelaki untuk membayangkan benda-benda tak elok (dlm B.I nya, has a low possibility for a guy to have dirty/inappropriate thoughts about you). Nah, kalau rasa dah okay, uploadlah. Tapi BEWARE, lelaki itu tetap boleh menatap gambar tu. Kalau dekat instagram memang tak boleh download, tapi macam yang akak selalu buat, screenshot, buat jadi wallpaper. Lagi lah! (akak bukan screenshot gambar manusia ~.~)

"Alah! Akak ni, kata lelaki memang kotor. Fikiran diorang memang kotor. Habis tu, kalau upload gambar berdiri tegak macam tiang pon diorang tetap akan bayangkan macam-macam, habis tu, sampai bila kami boleh upload gambar? Bukan salah kami diorang kotor. Mana penghujungnya?"


Haaaa tu lah pasal. Kamu usahala sebanyak mana yang mungkin.

Adik-adik, akak nak cakap ni. Adik-adik nampak tak keadaan umat kita macam mana sekarang? Kita tengah tenat sangat sekarang ni. Tak payah tengok kat tempat lain. Tengok kat Malaysia je. Tak payah tengok jauh-jauh, tengok kat sebelah rumah je. Tengok dalam rumah pon boleh. Selalu ke keluarga kita solat berjemaah? Selalu ke ayah kita, abang kita, adik lelaki kita solat berjemaah di surau atau masjid time solat fardhu? Jap, ni dah masuk tajuk lain dah. Tapi iyelah, maksiat berleluasa. Ahli maksiat lagi ramai daripada ahli soleh. Akak pon sama jugak, bukan akak maksum. Kita sama-sama muhasabah diri.

Jadi bantulah kaum lelaki ni. Jangan tambah dosa mereka. Jangan biarkan hati mereka makin jauh dengan Allah. Jangan jangan jangan. Lelaki sepatutnya jadi pemimpin negara, keluarga. Kalau lelaki dah jauh menyimpang dari agama, macam mana nak pimpin negara dan keluarga ke arah yang betul?

Itulah masalah dia.

Puncanya hati.

Jadi adik-adik, akak harap adik-adik digest penulisan akak yang mengambil masa sebulan untuk disiapkan ni. Akak harap adik-adik dapat fikirkan sebagaimana akak telah fikirkan pasal benda ni sejak akak terbaca penulisan seseorang lain ni. Dan percayalah adik-adik. Betul, ummah kita sedang tenat, adik-adik boleh bantu sekelumit kecil je, dengan membantu para muslimin untuk menjaga pandangan mereka. Kalau adik-adik tak tunjuk, depa tak pandang.

Sekian.

Assalamualaikum warahmatullah. Wallahua'lam.

Thursday 18 September 2014

Akak Wangi

Salam alayk!

First post. Post yang akan memberi impression kepada pembaca! Tapi mintak maaflah, akak tak reti bagi first impression yang daebak. Akak ni biasa biasa je. Baru nak bermula. ~_~'''


Oh ye, sebelum tu, akak nak cakap ni. Akak bahasakan diri akak sebagai "Akak" ye. Hmm sebab? Sebab, biasanya, yang bagi nasihat ni, yang selalu menigingat ingatkan ni, orang yang lagi tua kan? ㅋㅋㅋ Mungkin ada je antara pembaca semua ni yang lagi tua daripada akak, tapi takpelah. Gune Akak lagi selesa ^_^ Tapi jangan salah faham tau, akak muda lagi. Nak tau lebih lanjut? Nanti kita ta3aruf deh.

Hmm alang-alang dah bercerita ni, kita jadikan first post ni sebagai perkenalan lah! Orait. Tujuan akak buat blog ni. Hmmm kenape buat blog? Facebook takde ke? La ni orang dah jarang dah bukak blog. La ni instagram la yang paling hot! Kan? Kan?

Haaa. Akak bukan takdek facebook. Instagram lagila ade! Tapi.....

Inilah ceritanya. Meh nak cite. Akak dah berubah. Dan akak masih nak berubah. Orang-orang yang ade dalam hidup akak sebelum ni, akak tak pasti akak nak tunjuk kat diorang yang akak dah berubah. Akak belum sedia.

Errr, kome ni faham ke tak apa akak nak cakap ni?

Haha. Akak nak cakap, yang akak masih belum sedia nak tunjukkan keIslaman akak dekat orang yang pernah mengenali akak. Termasuk keluarga akak sendiri. Tapi korang jangan salah faham. Akak memang lahir-lahir dah Islam, alhamdulillah. Cuma, bukan macam sekarang. Sekarang akak nak jadi lebih daripada seorang Muslimah. Akak nak jadi mu'minah solehah muslimah mujahidah. Dan yang sewaktu dengannye.

Jomla ikut akak ye. Akak taknak pegi sorang-sorang. :'(

Oleh itu, berdakwah di facebook personal, di mana ratusan orang mengetahui nama akak, muka akak, masa silam akak... Hmm, belum sampai waktunya.

Tapi akak naaak sangat-sangat mengajak orang lain kepada kebaikan! Akak naaak sangat share permata-permata yang akak jumpa dalam Surat Cinta daripada Ilahi (a.k.a Al-Quran Al-Kareem). Akak naaak sangat spread pengetahuan yang akak ade. Walaupun sikit, tapi akak nak orang lain pon dapat. Huhu. Bukankan pesan Rasulullah sallallahualaiwasallam, "Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat"?

Jom berpesan-pesan ;')

Barakallahualaykunna~!

*rupa-rupanya ni second post XD

Disini Bermula Sebuah Perjuangan

Alhamdulillahhh.

Dah lama ku fikirkan cara untuk berdakwah. Dan lahirnya blog ni,  tanda lahirnya sebuah perjuangan. Jika anda bergelar seorang Muslim, maka anda seorang daie,

Jom dakwah! ;D